Ramai orang kita buat bisnes tak sampai 3 tahun mesti tak jadi, Rupanya dia lupa..

Ramai orang kita buat bisnes tak sampai 3 tahun mesti tak jadi, Rupanya..dia lupa tujuan berbisnes.

Apabila mengupas isu bisnes ; pasti tidak lari dari isu ini. Bilangannya tak terkata, sangat ramai usahawan yang menarik ‘handbrake’ dalam masa tidak sampai 3 tahun sebelum berpindah ke satu bisnes yang lain.

Hal ini dikupas oleh ramai pihak terutamanya dalam kalangan ekonomis dan usahawan di dalam dan di luar negara.

Salah satu komentar yang telah dilontarkan oleh salah seorang dari usahawan bumiputera kita adalah ;

“Kita harus melihat kembali apakah tujuan kita berbisnes..”

Ramai orang yang berbisnes, tujuan mereka adalah semata-mata untuk mendapat keuntungan.

Sedarlah, bahawa keuntungan hanya akan tidak begitu membawa manfaat secara meluas. Hal ini kerana, jika tujuan seseorang itu melakukan bisnes adalah kerana keuntungan, maka dia akan melakukan APA SAHAJA demi mencapai tujuan tersebut.

Perkara inilah yang menyebabkan, apabila keuntungan lambat diraih, ditutupnya kedai itu dan dibungkusnya bisnes itu.

Lebih teruk dari itu, ada yang sanggup ‘menikam belakang’ sahabat atau keluarga sendiri demi meraih keuntungan yang lebih.

Sahabat sekalian,

Dato’ Jamal Mohd Amin, Presiden Uniti.Asia, ada menyebut dalam buku tulisan beliau berjudul ‘AKAUN PERNAH BERBAKI 5 RINGGIT SAHAJA’ berkenaan isu ini.

Beliau berpesan bahawa tujuan kita berbisnes bukanlah untuk mendapatkan keuntungan. Tujuan kita melakukan bisnes adalah untuk memberi manfaat kepada orang. Beliau telah meringkas perkara ini dalam singkatan ‘B.B.S’.

B.B.S. bermaksud :
(1) Benefit
(2) Best
(3) Sincere

Di mana pada ‘B’ yang pertama itulah dinyatakan tujuan sebenar kita melakukan bisnes.

Kita berbisnes adalah untuk memberi manfaat kepada orang ramai termasuk diri kita sendiri

HABIS TU? TAKKAN TIADA KEUNTUNGAN?!!

Ya, memang benar…kuntungan itu adalah perkara yang WAJIB, kerana tanpa keuntungan ; kita tidak akan mampu untuk meneruskan manfaat itu bahkan tanpa keuntungan kita kemungkinan akan memberi mudharat kepada orang ramai.

Sebab itulah, jika tujuan kita berbisnes itu jelas dan damai. Maka tidak akan berlaku isu berputus asa, ‘oversell & under deliver’ yang akhirnya menyebabkan bisnes tidak menjadi.

Jadi, konklusinya…teruslah berbisnes dengan ‘mindset’ dan niat yang betul..Dan jangan terus putus asa.

Jika niat kita ikhlas, bukan hanya dapat keuntungan, bahkan pahala berganda-ganda menanti kita.

Sekian, wallahu a’lam.

UNITI ASIA TRADING SDN BHD