8 CARA ATASI SIFAT PELUPA

1.0 Makan kismis

Siapa yang tidak tahu kebaikan kismis. Bukan sahaja di kalangan umat islam, penganut agama lain yang juga bukan islam turut bersetuju akan keberkesanan kismis dalam membantu daya ingatan. Bukan sahaja tidak akan lupa, malah seseorang yang mengamalkan makan kismis mampu menghafal dengan baik. Oleh sebab itu pengambilan kismis sangat digalakkan di kalangan anak-anak yang sedang dalam proses pembelajaran.

atasi-lupa-makan-kacang

Foto Kredit: naturalfoodfinder.co.uk

 

2.0 Makan kekacang

Seperti juga kismis, kekacang juga menjalankan peranan yang sama. Contoh kekacang yang baik untuk otak ialah kacang pistachio, kacang badam, kacang hazel, dan lain-lain. Tambah stok kekacang di dalam senarai barangan runcit bulanan. Jadikan ia sebagai snek harian dan jauhi makanan tidak berkhasiat dan berperwarna seperti asam, gula-gula dan makanan segera yang lain. Singgah ke mana-mana kedai yang jual makanan dari Timur Tengah yang bercambah bagai cendawan sekarang. Jika tiada, singgah ke mana-mana hypermarket seperti Giant.

3.0 Berzikir/berselawat

Dalam Islam, berzikir membawa maksud menyebut dan mengingati Allah. Berselawat pula ialah mengingati rasul junjungan Muhammad S.A.W. Melalui zikir dan selawat, otak dan hati akan berada dalam keadaan tenang. Pada masa bertenang, otak mempunyai banyak ruang untuk berfikir dan menempatkan memori dengan lebih lama.

4.0 Membaca Al-Quran

Sebagai umat Islam yang sentiasa berpegang kepada Al-Quran dan hadis, kita perlu melatih diri untuk bersahabat dengan al-quran. Jadikan Al-Quran sebagai teman kerana Al-Quran adalah sebuah buku yang lengkap untuk panduan hidup kita. Membaca Al-Quran akan menjadikan seseorang tenang di samping dapat berfikir dengan baik dan mengatasi sifat lupa.

5.0 Mengulang

Salah satu cara untuk mengelakkan diri daripada lupa ialah dengan teknik mengulang. Menurut kajian, sesuatu yang dilakukan secara berulang akan dapat disemat di dalam memori lebih lama. Sebagai contoh, jika ingin menghafal nombor telefon seseorang, sebut atau tulis berulangkali sehingga anda hafal. Teknik mengulang ini turut dipraktikkan di sekolah iaitu bermula dengan menulis abjad secara berulang-ulang agar pelajar dapat ingat, kenal dan tulis huruf dengan betul.

Foto Kredit: printinghub.org

Foto Kredit: printinghub.org

6.0 Membuat nota

Selain itu, sebagai langkah berjaga-jaga kepada si pelupa, satu buku nota atau aplikasi nota di telefon bimbit mungkin akan banyak membantu. Catatkan setiap perkara penting agar anda tidak lupa. Misalnya, anda boleh senaraikan barang keperluan sekolah anak-anak yang perlu dibeli. Selain untuk mengelakkan daripada lupa, membuat nota juga dapat menghindari diri dari berbelanja membuta tuli. Ketiadaan senarai akan memungkinkan anda membeli barang yang tidak diperlukan.

7.0 Set ‘reminder’

Satu lagi aplikasi telefon bimbit yang patut digunapakai ialah ‘reminder’. Aplikasi ini amat sesuai digunakan untuk mengingati tarikh atau masa tertentu. Contohnya dengan memasang penggera ‘reminder’ untuk mengingati tarikh lahir insan istimewa, tarikh mesyuarat penting di luar pejabat, dan sebagainya. ‘reminder’ juga biasa digunakan untuk tujuan mengingati waktu agar tidak terlewat ke destinasi penting.

8.0 Merancang

Sebagai ibu pasti akan ada banyak perkara yang perlu difikirkan. Banyak yang harus diuruskan terutamanya hal ehwal rumahtangga. Tidak terkecuali hal-hal di pejabat, hal keluarga di kampung, keluarga mertua, dan banyak lagi. Terlalu banyak berfikir tanpa had akan menyebabkan terjadinya sifat lupa. Ibu perlu ada perancangan dalam kehidupan agar urusan lebih teratur dah minda tidak terganggu. Dahulukan urusan yang paling penting diikuti dengan yang lain.

Kesimpulannya, lupa sebenarnya bukanlah sejenis penyakit. Ia merupakan sifat negatif yang boleh diatasi dan dielakkan. Dengan tersenarainya 8 perkara di atas, diharap dapat membantu para ibu terutamanya, untuk menghindarkan diri dari sifat lupa yang mengganggu ini. Penjagaan pemakanan adalah sangat penting. Tidak lupa juga dengan aktiviti seharian yang mempengaruhi sifat lupa. Sekiranya anda sedar anda seorang pelupa, segeralah mencari jalan untuk mengatasinya agar tidak melarat.

Semoga bermanfaat!